Cipta atau edit pandangan awam atau sistem menggunakan pereka bentuk aplikasi

Topik ini digunakan untuk Dynamics 365 Customer Engagement (on-premises). Bagi versi Power Apps topik ini, rujuk: Bekerja dengan pandangan dalam pereka bentuk aplikasi

Dalam Dynamics 365 Customer Engagement (on-premises), pandangan mentakrifkan cara rekod bagi entiti tertentu dipaparkan. Pandangan mentakrifkan yang berikut:

  • Lajur (atribut) untuk dipaparkan
  • Lebar lajur
  • Cara rekod diisih secara lalai
  • Penapis yang digunakan untuk menentukan rekod yang muncul dalam senarai secara lalai

Lazimnya, pandangan dikelaskan kepada tiga jenis:

  • Peribadi: Pengguna individu boleh mencipta pandangan peribadi mengikut keperluan peribadi mereka. Pandangan ini hanya dapat dilihat oleh pengguna yang menciptanya dan sesiapa sahaja yang mereka pilih untuk berkongsi dengannya.
  • Awam: Sebagai pembuat aplikasi, anda boleh mencipta dan mengedit pandangan awam untuk memenuhi keperluan organisasi anda. Panadangan ini tersedia dalam pemilih pandangan dan anda boleh menggunakannya dalam subgrid dalam borang atau sebagai senarai dalam papan pemuka.
  • Sistem: Sebagai pembuat aplikasi, anda juga boleh mengubah suai pandangan sistem untuk memenuhi keperluan organisasi anda. Pandangan sistem ialah pandangan khas untuk aplikasi bergantung, ia wujud untuk entiti sistem atau secara automatik dicipta apabila anda mencipta entiti tersuai. Pandangan ini tersedia untuk sesetengah atau semua pengguna, bergantung pada keizinan mereka.

Maklumat lanjut: Jenis pandangan

Cipta pandangna awam

Sebagai pembuat aplikasi, anda boleh mencipta dan mengedit pandangan awam menggunakan pereka bentuk aplikasi.

  1. Buka pandangan dalam pereka bentuk aplikasi.

  2. Pada tab Komponen, pilih Cipta Baharu.

    Cipta Pandangan Awam.

  3. Tambah lajur yang anda mahu paparkan dalam pandangan. Maklumat lanjut: Tambah lajur pada pandangan anda

  4. Gunakan kriteria penapisan untuk memperhalus data yang dipaparkan dalam pandangan. Maklumat lanjut: Takrifkan kriteria penapis

  5. Kumpulkan penapis mengikut pilihan DAN atau ATAU untuk memperhalus lagi data yang dipaparkan dalam pandangan. Maklumat lanjut: Kumpulkan berbilang penapis

  6. Isih susuhan data dengan mengkonfigurasikan susunan isihan utama dan kedua untuk lajur. Maklumat lanjut: Tetapkan susunan isihan lajur utama dan kedua

  7. (Pilihan) Konfigurasikan lebar lajur:

    a. Pilih lajur. Tab Sifat dibuka.

    b. Konfigurasikan Tetapkan Lebar dengan lebar lajur yang anda mahu.

    Nota

    Nilai lebar lajur dalam julat 25 piksel hingga 300 piksel.

  8. (Pilihan) Susun semula lajur dengan menyeret lajur ke kedudukan yang anda mahu mengalihkannya.

    Anda akan melihat penunjuk visual apabila anda menahan lajur di atas kedudukan ia boleh dialihkan.

    Susun semula Lajur.

    Nota

    Anda juga boleh mengubah susunan lajur menggunakan kekunci pintasan papan kekunci. Potong lajur dengan memilih Ctrl + X, pilih lajur dan kemudian tambah dengan memilih Ctrl + V. Lajur akan dialihkan ke kanan lajur yang dipilih.

  9. (Pilihan) Lampirkan ikon atau fail kepada lajur untuk membezakannya daripada lajur lain semasa masa jalanan. Maklumat lanjut: Takrifkan sumber web

  10. Simpan dan tutup pandangan.

  11. Pilih Terbitkan untuk menjadikan pandangan tersedia untuk pengguna lain dalam organisasi anda.

Buka dan tambah pandangan dalam pereka bentuk aplikasi

Langkah berikut menerangkan cara untuk membuka dan menambah pandangan dalam pereka bentuk aplikasi.

  1. Dalam penjelajah penyelesaian, pilih Aplikasi, dan pilih aplikasi yang anda mahu edit untuk membukanya dalam pereka bentuk aplikasi.

  2. Dalam bahagian Pandangan Entiti, pilih Pandangan.

    Dalam contoh ini, kami telah memilih Pandangan daripada entiti Akaun.

    Pandangan Pereka Bentuk Aplikasi.

  3. Untuk menambah pandangan, pilih ia menggunakan jenis pandangan seperti Awam, Carian Lanjutan, Berkaitan dan Cari. Pandangan ditambah secara automatik pada senarai Pandangan.

    Nota

    Pandangan dipaparkan berdasarkan entiti yang telah anda pilih. Sebagai contoh, apabila anda memilih Akaun, pandangan yang berkaitan dengan entiti Akaun dipaparkan.

Maklumat lanjut tentang pereka bentuk aplikasi: Reka bentuk aplikasi perniagaan tersuai menggunakan pereka bentuk aplikasi

Tambah lajur pada pandangan anda

Pandangan memaparkan rekod dalam jadual yang mengandungi baris dan lajur. Setiap baris ialah rekod dan medan yang anda paparkan daripada rekod ditentukan mengikut lajur yang anda tambah pada pandangan.

  1. Dalam pereka bentuk aplikasi, pada tab Komponen, pilih senarai Atribut Lajur untuk sama ada Entiti Utama atau Entiti Berkaitan.

    Tambah lajur.

  2. Daripada senarai, pilih atribut yang anda mahu dan seret ia ke pengepala lajur. Anda juga boleh menambah atribut dengan mengkliknya dua kali.

  3. Ulangi langkah 2 sehingga anda telah menambah semua atribut yang anda mahu paparkan dalam pandangan anda.

Ketika anda menambah atribut, anda boleh menyeretnya ke mana-mana kedudukan antara pengepala lajur sedia ada. Anda juga boleh mengalih-alihkan lajur selepas anda menambahnya pada pandangan anda.

Takrifkan kriteria penapis

Anda boleh menetapkan kriteria supaya hanya subset rekod dipaparkan dalam pandangan. Apabila pengguna membuka pandangan, hanya rekod yang memenuhi kriteria penapis yang ditakrifkan dipaparkan. Anda boleh memilih medan daripada kedua-dua entiti utama dan berkaitan untuk ditapis.

  1. Dalam pereka bentuk aplikasi, kembangkan bahagian Kriteria Penapis.

    Tetapkan Kriteria Penapis.

  2. Pilih Tambah Penapis.

  3. Pilih atribut daripada senarai juntai bawah dalam lajur pertama.

  4. Pilih operator daripada senarai juntai bawah dalam lajur kedua.

    Tetapkan Operator Kriteria Penapis.

  5. Masukkan nilai untuk ditapis dalam lajur ketiga.

Anda boleh menapis data berdasarkan atribut entiti berkaitan selain daripada entiti utama.

  1. Pada tab Komponen, pilih senarai Atribut Lajur untuk Entiti Berkaitan, pilih anak panah bawah Pilih Entiti dalam medan paling atas dan kemudian pilih entiti yang anda mahu.

    Ini akan menambah bahagian berasingan.

  2. Ulangi langkah 2 sehingga 5 daripada prosedur sebelumnya.

Maklumat lanjut: Cipta dan edit perhubungan antara entiti

Himpun berbilang penapis

Anda boleh menambah berbilang penapis pada pandangan anda jika anda mahu menapis rekod menggunakan lebih daripada satu medan.

  1. Pilih penapis yang ingin anda himpunkan. Tetapkan Penapis Kumpulan.
  2. Pilih Himpun Dan atau Himpun Atau untuk menghimpunkan penapis. Pemilihan Penapis Kumpulan. Apabila anda memilih Himpun Dan, hanya rekod yang memenuhi kedua-dua kriteria dipaparkan dalam pandangan. Apabila anda memilih Himpun Atau, rekod yang memenuhi mana-mana kriteria penapis dipaparkan. Sebagai contoh, untuk menunjukkan hanya rekod yang mempunyai keutamaan Tinggi atau Normal dan status Aktif, pilih Himpun Dan.

Untuk mengalih keluar penapis daripada kumpulan, pilih kumpulan dan kemudian, pilih Nyahhimpun.

Tetapkan susunan isihan utama dan kedua untuk lajur

Apabila pandangan dibuka, rekod yang ia paparkan diisih dalam susunan yang anda tetapkan ketika anda mencipta pandangan. Secara lalai, rekod akan diisih mengikut lajur pertama dalam pandangan apabila tiada susunan isihan dipilih. Anda boleh memilih untuk mengisih pada satu lajur atau anda boleh memilih dua lajur—satu utama dan satu kedua—untuk mengisihnya. Apabila pandangna dibuka, rekod akan mengisih terlebih dahulu lajur yang anda mahu gunakan untuk susunan isihan utama dan kemudian mengikut lajur yang anda mahu gunakan untuk susunan isihan kedua.

Nota

Anda hanya boleh menetapkan susunan isihan utama dan kedua untuk atribut lajur yang anda tambah daripada entiti utama.

  1. Pilih lajur yang anda mahu gunakan untuk pengisihan.

  2. Pilih anak panah bawah dan kemudian pilih Isih Utama atau Isih Kedua.

    Isih Rekod.

Jika anda mengalih keluar lajur yang anda pilih untuk susunan isihan utama, lajur yang anda pilih untuk susunan isihan kedua menjadi utama.

Takrifkan sumber web

Tentukan sumber web bagi jenis skrip, untuk dikaitkan dengan lajur dalam pandangan anda. Skrip ini membantu memaparkan ikon untuk lajur.

  1. Pilih lajur yang anda mahu tambah sumber web padanya.
  2. Pada tab Sifat, pilih Lanjutan.
  3. Dalam senarai juntai bawah Sumber Web, pilih sumber web yang anda mahu gunakan.
  4. Dalam kotak Nama Fungsi, masukkan nama fungsi.

Edit pandangan awam atau sistem

Anda boleh mengubah cara pandangan awam atau sistem dipaparkan dengan menambah, mengkonfigurasu dan mengalih keluar lajur.

  1. Dalam senarai Pandangan untuk entiti, pilih anak panah bawah Tunjukkan senarai rujukan Juntai Bawah.. Edit Pandangan.

  2. Di sebelah pandangan yang anda mahu edit, pilih Buka Pereka Bentuk Pandangan Buka Pereka Bentuk pandangan..

    Pandangan dibuka dalam pereka bentuk pandangan.

Apabila anda mengedit pandangan awam atau sistem, anda mesti menyimpan dan menerbitkan perubahan anda sebelum ia akan kelihatan dalam aplikasi.

Alat Komuniti

Pereplikasi Tata Letak Pandangan dan Reka Bentuk Pandangan adalah alat yang komuniti XrmToolbox bangunkan untuk Customer Engagement Customer Engagement.

Maklumat lanjut: Alat pembangun.

Nota

Alat ini disediakan oleh XrmToolBox dan tidak disokong oleh Microsoft. Jika anda mempunyai soalan berkenaan alat, hubungi penerbit. Maklumat lanjut: XrmToolBox.

Lihat juga

Cipta atau edit pandangan

Nota

Adakah anda boleh memberitahu kami tentang keutamaan bahasa dokumentasi anda? Jawab tinjauan pendek. (harap maklum bahawa tinjauan ini dalam bahasa Inggeris)

Tinjauan akan mengambil masa lebih kurang tujuh minit. Tiada data peribadi akan dikumpulkan (pernyataan privasi).