TERMA-TERMA LESEN PERISIAN MICROSOFT MICROSOFT AZURE INFORMATION PROTECTION

Terma-terma lesen ini adalah perjanjian di antara anda dan Microsoft Corporation (atau salah satu daripada sekutunya). Ia terpakai kepada perisian yang dinamakan di atas dan mana-mana perkhidmatan Microsoft atau kemas kini perisian (kecuali sehingga perkhidmatan atau kemas kini tersebut disertakan dengan terma baharu atau tambahan, dalam hal ini terma berlainan tersebut terpakai secara prospektif dan tidak mengubah hak anda atau Microsoft berkaitan perisian atau perkhidmatan diprakemas kini).

JIKA ANDA MEMATUHI TERMA LESEN INI, ANDA MEMPUNYAI HAK SEPERTI DI BAWAH. DENGAN MENGGUNAKAN PERISIAN, ANDA MENERIMA TERMA INI.

1. HAK PEMASANGAN DAN PENGGUNAAN

  • a) Umum. Anda boleh memasang dan menggunakan sebarang nombor salinan bagi perisian.

  • b) Komponen Perisian Pihak Ketiga. Perisian mungkin termasuk aplikasi pihak ketiga yang dilesenkan kepada anda di bawah perjanjian ini atau di bawah terma mereka sendiri. Terma lesen, pemberitahuan dan perakuan, jika ada, untuk aplikasi pihak ketiga boleh diakses secara dalam talian di https://aka.ms/thirdpartynotices atau pada fail pemberitahuan yang disertakan. Walaupun aplikasi sedemikian ditadbir oleh perjanjian lain, penafian, pembatasan dan pengecualian pampasan di bawah turut digunakan sehingga yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai.

2. PENGUMPULAN DATA

Perisian boleh mengumpul maklumat mengenai anda dan penggunaan anda bagi perisian dan menghantarkannya kepada Microsoft. Microsoft boleh menggunakan maklumat ini untuk memberikan perkhidmatan dan menambah baik produk dan perkhidmatan Microsoft. Hak menarik diri anda, jika ada, diterangkan dalam dokumentasi produk. Beberapa ciri dalam perisian boleh mendayakan pengumpulan data daripada pengguna aplikasi anda yang mengakses atau menggunakan perisian. Jika anda menggunakan ciri ini untuk mendayakan pengumpulan data dalam aplikasi anda, anda mestilah mematuhi undang-undang yang diguna pakai, termasuk mendapatkan kebenaran pengguna yang diperlukan dan mengekalkan dasar privasi penting yang memaklumkan dengan tepat kepada pengguna mengenai cara anda menggunakan, mengumpul dan berkongsi data mereka. Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengumpulan dan penggunaan data Microsoft dalam dokumentasi produk dan Pernyataan Privasi Microsoft di https://go.microsoft.com/fwlink/?LinkId=512132. Anda bersetuju untuk mematuhi semua peruntukan Pernyataan Privasi Microsoft yang diguna pakai.

3. SKOP LESEN

Perisian adalah dilesenkan, bukan dijual. Microsoft mempunyai semua hak lain. Melainkan jika undang-undang yang diguna pakai memberikan anda lebih banyak hak meskipun terdapat pembatasan ini, anda tidak akan (dan tidak mempunyai hak untuk):

  • a) bekerja di sekitar pembatasan teknikal dalam perisian yang hanya membenarkan anda untuk menggunakannya dalam cara tertentu;

  • b) melakukan pembalikan kejuruteraan, menyahkompilasi atau menyahpasang perisian;

  • c) mengalih keluar, meminimumkan, menyekat atau mengubah suai sebarang pemberitahuan Microsoft atau pembekalnya dalam perisian;

  • d) menggunakan perisian dalam apa cara yang melanggar undang-undang atau mencipta atau menyebarkan perisian hasad; atau

  • e) kongsi, terbitkan, edar atau pinjamkan perisian, menyediakan perisian sebagai penyelesaian dihoskan sendiri untuk kegunaan orang lain atau memindahkan perisian atau perjanjian ini kepada mana-mana pihak ketiga.

4. PEMBATASAN-PEMBATASAN EKSPORT

Anda mesti mematuhi semua undang-undang dan peraturan eksport domestik dan antarabangsa yang diguna pakai untuk perisian tersebut, termasuk pembatasan ke atas destinasi, pengguna akhir dan penggunaan akhir. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai sekatan eksport, lawati https://aka.ms/exporting.

5. KHIDMAT SOKONGAN

Microsoft tidak berkewajipan di bawah perjanjian ini untuk memberikan sebarang perkhidmatan sokongan untuk perisian. Sebarang sokongan yang diberikan adalah “seperti yang disediakan”, “dengan semua kerosakan” dan tanpa jaminan bagi sebarang jenis.

6. KEMAS KINI

Perisian mungkin menyemak untuk kemas kini dan memuat turun serta memasangnya untuk anda secara berkala. Anda hanya boleh mendapatkan kemas kinian untuk Microsoft atau sumber dibenarkan. Microsoft mungkin perlu mengemas kini sistem anda untuk memberi anda kemas kini. Anda bersetuju untuk menerima kemas kini automatik ini tanpa sebarang notis tambahan. Kemas kini tidak boleh menyertakan atau menyokong semua ciri, perkhidmatan atau peranti persisian sedia ada.

7. KESELURUHAN PERJANJIAN

Perjanjian ini, dan mana-mana terma yang lain yang Microsoft berikan sebagai penambahan, kemas kini, atau aplikasi pihak ketiga, ialah perjanjian keseluruhan untuk perisian ini.

8. UNDANG-UNDANG DAN TEMPAT YANG DIGUNA PAKAI UNTUK MENYELESAIKAN PERTIKAIAN

Jika anda memperoleh perisian di Amerika Syarikat atau Kanada, undang-undang negeri atau wilayah tempat anda menetap (atau, jika perniagaan, tempat utama perniagaan anda) mentadbir pentafsiran perjanjian ini, tuntutan untuk pelanggarannya dan semua tuntutan lain (termasuk perlindungan pengguna, persaingan tidak adil dan tuntutan tort), tidak kira prinsip konflik undang-undang. Jika anda telah memperoleh perisian itu di negara lain, maka undang-undangnya akan diguna pakai. Jika bidang kuasa persekutuan A.S. wujud, anda dan Microsoft memberi keizinan ke atas bidang kuasa dan tempat eksklusif di mahkamah persekutuan di King County, Washington untuk semua pertikaian yang dibicarakan di mahkamah. Jika tidak, anda dan Microsoft memberi keizinan ke atas bidang kuasa dan tempat eksklusif di Mahkamah Tinggi di King County, Washington untuk semua pertikaian yang dibicarakan di mahkamah.

9. HAK PENGGUNA; VARIASI SERANTAU

Perjanjian ini menjelaskan hak-hak sah tertentu. Anda mungkin mempunyai hak-hak lain, termasuk hak pengguna, di bawah undang-undang negeri, wilayah atau negara anda. Berasingan dan selain daripada hubungan anda dengan Microsoft, anda mungkin juga mempunyai hak-hak berhubung dengan pihak yang membekalkan perisian tersebut kepada anda. Perjanjian ini tidak mengubah hak-hak lain tersebut jika undang-undang negeri, wilayah atau negara anda tidak membenarkannya. Contohnya, jika anda memperoleh perisian di salah satu rantau di bawah atau undang-undang negara mandatori dikenakan, maka peruntukan berikut digunakan pada anda:

  • a) Australia. Anda mempunyai jaminan berkanun di bawah Undang-undang Pengguna Australia dan tiada apa-apa perkara dalam perjanjian ini bertujuan untuk menjejaskan hak tersebut.

  • b) Kanada. Jika anda memperoleh perisian ini di Kanada, anda boleh berhenti mendapatkan kemas kini dengan menutup ciri kemas kini automatik, memutuskan sambungan peranti anda daripada Internet (walau bagaimanapun, jika dan apabila anda bersambung semula ke Internet, perisian akan meneruskan untuk menyemak dan memasang kemas kini), atau menyahpasang perisian. Dokumentasi produk, jika ada, mungkin juga menyatakan cara untuk menutup kemas kini bagi peranti atau perisian khas anda.

  • c) Jerman dan Austria.

    • (i) Waranti. Perisian lesen yang betul akan berfungsi sebahagian besarnya sama seperti yang dijelaskan dalam bahan-bahan Microsoft yang disertakan bersama perisian tersebut. Walau bagaimanapun, Microsoft tidak memberikan jaminan kontrak berhubungan dengan perisian berlesen.

    • (ii) Pembatasan Liabiliti. Jika berlaku tindakan sengaja, kecuaian, tuntutan berdasarkan Akta Liabiliti Produk, serta, dalam kes kematian atau kecederaan peribadi atau fizikal, Microsoft bertanggungjawab menurut undang-undang statutori.

Tertakluk kepada fasal yang dibuat di atas (ii), Microsoft hanya akan bertanggungjawab untuk kecuaian kecil jika Microsoft melanggar kewajipan kontrak material sedemikian, pemenuhan yang akan memudahkan pelaksanaan perjanjian ini, pelanggaran yang akan membahayakan tujuan perjanjian ini dan pematuhan dengan pihak yang boleh mempercayai secara tetap (yang dipanggil “kewajipan kardinal”). Dalam kes kecuaian kecil lain, Microsoft tidak akan bertanggungjawab untuk kecuaian kecil.

10. PENAFIAN TUNTUTAN WARANTI

PERISIAN DILESENKAN “SEPERTI YANG DISEDIAKAN.” ANDA MENANGGUNG RISIKO PENGGUNAANNYA. MICROSOFT TIDAK MEMBERIKAN WARANTI, JAMINAN ATAU SYARAT-SYARAT TERSURAT YANG LAIN. SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG DIGUNA PAKAI, MICROSOFT MENGECUALIKAN SEMUA WARANTI TERSIRAT, TERMASUK KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK SESUATU TUJUAN TERTENTU DAN BUKAN PELANGGARAN.

11. PEMBATASAN KE ATAS DAN PENGECUALIAN GANTI RUGI

JIKA ANDA MEMPUNYAI SEBARANG BUKTI UNTUK MENDAPATKAN GANTI RUGI MESKIPUN PENAFIAN JAMINAN SEBELUM INI, ANDA BOLEH MENDAPATKAN GANTI RUGI DARIPADA MICROSOFT DAN PEMBEKALNYA HANYA UNTUK MENDAPATKAN GANTI RUGI LANGSUNG SEHINGGA A.S. $5.00. ANDA TIDAK BOLEH MENDAPAT SEBARANG GANTI RUGI LAIN, TERMASUK GANTI RUGI LANJUTAN, KEHILANGAN KEUNTUNGAN, KEROSAKAN KHAS, TIDAK LANGSUNG ATAU KEBETULAN.

Pembatasan ini terpakai pada (a) sebarang perkara yang berkaitan dengan perisian, perkhidmatan, kandungan (termasuk kod) di tapak Internet pihak ketiga, atau aplikasi pihak ketiga; dan (b) tuntutan untuk pelanggaran kontrak, waranti, jaminan, atau syarat; liabiliti ketat, kecuaian atau tort lain; atau sebarang tuntutan lain; dalam setiap kes sehingga yang dibenarkan oleh undang-undang yang diguna pakai.

Ia juga diguna pakai walaupun jika Microsoft mengetahui atau patut mengetahui tentang kemungkinan berlakunya ganti rugi tersebut. Pembatasan atau pengecualian di atas mungkin tidak diguna pakai untuk anda kerana negeri, wilayah atau negara anda mungkin tidak membenarkan pengecualian atau pembatasan ganti rugi kebetulan, berbangkit atau lain-lain.