Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-01-11

Berikut ialah soalan yang ditanya oleh pengguna tentang isu daftar masuk dan kata laluan.

Soalan

  • Bagaimanakah saya membaiki ralat ini: "Ralat Dalaman HTTP 500" atau kod pengesahan "LiveID telah mengembalikan ralat 0x8004920, menunjukkan bahawa terdapat masalah dengan konfigurasi pelayan anda. Sila semak Log Aplikasi untuk maklumat terperinci dan betulkan masalah."?

  • Bagaimanakah saya mengubah kata laluan?

  • Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?

  • Mengapakah saya tidak dapat menyambung ke akaun saya dari peranti mudah alih saya atau program e-mel desktop saya selepas mengesetkan semula atau mengubah kata laluan saya?

  • Bagaimanakah saya membaiki ralat ini: "Daftar masuk gagal."?

  • Apa yang boleh saya lakukan apabila saya tidak dapat mendaftar masuk ke e-mel saya?

  • Saya masih tidak dapat mendaftar masuk ke e-mel saya dalam Outlook Web App.

  • Alamat web yang saya tidak lagi berfungsi.

  • Mengapakah saya tidak dapat mendaftar keluar dari akaun saya dalam Outlook Web App?

  • Mengapakah saya diminta untuk memberikan maklumat profil apabila saya mendaftar masuk ke akaun saya dalam Outlook Web App?

  • Bagaimanakah saya membaiki isu gelung daftar keluar yang saya hadapi dalam Safari?

Jawapan

Bagaimanakah saya membaiki ralat ini: "Ralat Dalaman HTTP 500" atau kod pengesahan "LiveID telah mengembalikan ralat 0x8004920, menunjukkan bahawa terdapat masalah dengan konfigurasi pelayan anda. Sila semak Log Aplikasi untuk maklumat terperinci dan betulkan masalah."?

Kosongkan kuki dan padamkan fail sementara dari pelayar Web anda dan cuba daftar masuk sekali lagi. Untuk mengetahui selanjutnya, sila lihat Ralat Dalaman HTTP 500.

Soalan

Bagaimanakah saya mengubah kata laluan?

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mengubah kata laluan anda, lihat Mengubah Kata Laluan Akaun Anda.

Soalan

Bagaimana jika saya terlupa kata laluan?

Jika anda terlupa kata laluan anda, anda perlu mengesetnya semula untuk mencapai akaun anda. Bergantung pada cara akaun anda disediakan, anda mungkin lihat Terlupa kata laluan anda? atau pautan yang serupa pada halaman ubah kata laluan. Jika sedemikian, gunakan pautan itu untuk mendapatkan bantuan demi mengeset semula kata laluan anda. Jika anda tidak dapat mengeset semula kata laluan dengan cara ini, hubungi meja bantuan anda.

Soalan

Mengapakah saya tidak dapat menyambung ke akaun saya dari peranti mudah alih saya atau program e-mel desktop saya selepas mengesetkan semula atau mengubah kata laluan saya?

Anda perlu mengemas kini nilai kata laluan dalam seting pada peranti mudah alih atau program e-mel desktop anda (contohnya, Apple Mail, Mozilla Thunderbird, Microsoft Outlook atau Windows Live Mail) pada setiap kali kata laluan anda berubah.

Untuk menyelesaikan masalah ini, pastikan kata laluan yang dimasukkan pada seting peranti mudah alih atau program e-mel desktop anda sepadan dengan kata laluan terkini yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke Outlook Web App. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lihat Mengubah Kata Laluan Akaun Anda.

Soalan

Bagaimanakah saya membaiki ralat ini: "Daftar masuk gagal."?

Anda akan menerima ralat ini jika anda:

  • Telah cuba untuk mendaftar masuk ke akaun anda terlalu banyak kali menggunakan alamat e-mel atau kata laluan yang salah.

  • Sedang mengalami isu Windows Live ID pendua.

Untuk membaiki masalah, cari pautan pada halaman daftar masuk untuk mengeset semula kata laluan anda. Jika anda tidak menemui pautan untuk mengeset semula atau mendapatkan semula kata laluan anda, sila hubungi meja bantuan.

Soalan

Apa yang boleh saya lakukan apabila saya tidak dapat mendaftar masuk ke e-mel saya?

Anda perlu mendaftar masuk ke akaun anda dalam Outlook Web App pada kali pertama anda mencapainya. Jika anda berjaya mendaftar masuk pada kali pertama tetapi tidak dapat mendaftar masuk kemudian, cuba lakukan salah satu perkara berikut:

  • Gunakan alamat e-mel lengkap dengan nama domain (contoh: tony@contoso.com) apabila anda mendaftar masuk ke akaun anda.

  • Pastikan anda menggunakan nama daftar masuk yang betul. Nama daftar masuk anda mungkin hanya nama pengguna anda (contohnya, Tony) atau mungkin alamat e-mel lengkap anda (contohnya, tony@contoso.com). Pentadbir anda sepatutnya memberikan anda maklumat akaun ini selepas akaun anda dicipta.

Soalan

Saya masih tidak dapat mendaftar masuk ke e-mel saya dalam Outlook Web App.

Jika anda tahu anda sedang menggunakan Windows Live ID yang betul tetapi masih tidak dapat mendaftar masuk, anda mungkin telah mendaftar masuk ke perkhidmatan yang lain menggunakan akaun Windows Live ID yang berlainan.

Daftar keluar dari mana-mana aplikasi, seperti Windows Live Messenger yang anda telah daftar masuk dengan akaun Windows Live yang selain daripada akaun yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke e-mel anda. Kemudian, daftar masuk ke akaun anda sekali lagi. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menentukan alamat Web yang patut anda gunakan untuk mendaftar masuk ke akaun anda, lawati Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web.

Soalan

Alamat web yang saya tidak lagi berfungsi.

Sekiranya anda pelanggan BPOS dan telah dipindahkan ke Microsoft Office 365, sila ke http://mail.office365.com untuk mendaftar masuk ke Outlook Web App.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara menentukan alamat Web yang patut anda gunakan untuk mendaftar masuk ke akaun anda, lawati Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web.

Soalan

Mengapakah saya tidak dapat mendaftar keluar dari akaun saya dalam Outlook Web App?

Jika anda klik Daftar keluar dan pelayar terus menunggu untuk daftar keluar selesai, tutup tetingkap pelayar.

Soalan

Mengapakah saya diminta untuk memberikan maklumat profil apabila saya mendaftar masuk ke akaun saya dalam Outlook Web App?

Pada kali pertama anda mendaftar masuk ke e-mel anda dalam Outlook Web App, anda akan digesa untuk mengisi maklumat profil anda. Jika akaun anda dicipta sebelum 25 Oktober 2007, anda mungkin digesa untuk mengisi maklumat profil anda sekali lagi. Selepas anda mengisi maklumat profil dan menerima perjanjian perkhidmatan Windows Live dan Kenyataan Privasi, anda tidak akan digesa untuk mengisi maklumat ini lagi dan anda akan dapat mendaftar masuk dan menggunakan akaun tersebut seperti biasa.

Soalan

Bagaimanakah saya membaiki isu gelung daftar keluar yang saya hadapi dalam Safari?

Jika anda menggunakan pelayar Web Safari untuk mencapai akaun anda dan anda menemui gelung daftar keluar apabila anda mengklik Daftar keluar, lihat Daftar Keluar Gelung dalam Pelayar Safari.

Soalan

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?

Jika anda masih mempunyai soalan, sila semak pautan ini: