Sediakan E-Mel POP atau IMAP pada Apple iPhone

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-01-13

Anda boleh menyediakan capaian POP atau IMAP kepada e-mel anda pada Apple iPhone, iPad atau iPod Touch.

tipPetua:
Kami menyarankan anda menyediakan akaun Exchange pada peranti anda dan bukannya menggunakan akaun POP atau IMAP. Apabila anda menyediakan akaun Exchange, anda boleh mencapai dan menyegerakkan e-mel, kalendar dan orang hubungan anda. Untuk arahan persediaan akaun Exchange, lihat Sediakan E-Mel Microsoft Exchange pada Apple iPhone, iPad, atau iPod Touch.

Jika anda mempunyai telefon berbeza, lihat Ciri Telefon Mudah Alih.

Bagaimana saya boleh menyediakan e-mel POP atau IMAP pada iPhone?

  1. Ketik Seting > Mel, Kenalan, Kalendar > Tambah Akaun.

  2. Ketik Lain.

  3. Dalam kotak Nama, masukkan nama penuh anda.

  4. Dalam kotak Alamat, masukkan alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com).

  5. Dalam kotak Kata Laluan, masukkan kata laluan anda, kemudian ketik Simpan.

  6. Ketik sama ada IMAP atau POP. Kami mengesyorkan IMAP kerana menyokong lebih banyak ciri.

  7. Di bawah Pelayan Mel Masuk, dalam kotak Nama Hos, masukkan nama pelayan masuk anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mencari nama pelayan masuk (POP atau IMAP) anda, lihat seksyen "Apa lagi yang perlu saya tahu?" di bawah.

  8. Dalam kotak Nama Pengguna, masukkan alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com). Dalam kotak Kata Laluan , masukkan kata laluan anda.

  9. Di bawah Pelayan Mel Keluar, dalam kotak Nama Hos, masukkan nama pelayan keluar anda. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara mencari nama pelayan keluar (SMTP) anda, lihat seksyen "Apa lagi yang perlu saya tahu?" di bawah.

  10. Dalam kotak Nama Pengguna, masukkan alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com). Dalam Kata Laluan, masukkan kata laluan anda.

  11. Ketik Simpan.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

    Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

    Nota   Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.