Menyediakan Windows Mail untuk Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-05-01

Anda boleh menyambungkan Windows Mail untuk Windows Vista ke akaun e-mel anda menggunakan kesambungan POP3 atau IMAP4.

Bagaimanakah saya menyediakan Windows Mail untuk capaian ke akaun e-mel saya?

  1. Mulakan Windows Mail. Bestari Sambungan Internet dijalankan pada kali pertama ia dibuka. Jika Bestari Sambungan Internet tidak berjalan pada kali pertama anda memulakan program, lakukan perkara berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Akaun.

    2. Dalam kotak dialog Akaun Internet, klik Tambah.

    3. Pada halaman Pilih Jenis Akaun, klik Akaun E-mel kemudian klik Berikut.

  2. Pada halaman Nama Anda masukkan nama penuh anda dalam kotak Nama paparan.

  3. Pada halaman Alamat E-mel Internet, masukkan alamat e-mel anda dalam kotak Alamat e-mel, kemudian klik Berikut.

  4. Pada halaman Sediakan pelayan e-mel, pilih IMAP atau POP3 di bawah Jenis pelayan e-mel masuk pada menu juntai bawah. Anda mungkin mahu menggunakan IMAP kerana ia menyokong lebih banyak ciri. Lakukan perkara berikut:

    1. Di bawah Pelayan mel masuk (POP3 atau IMAP) masukkan nama pelayan POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (POP3 atau IMAP4) masuk anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    2. Di bawah Nama pelayan e-mel (SMTP) keluar, masukkan nama pelayan SMTP. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    3. Pilih kotak semak di sebelah Pelayan keluar memerlukan pengesahan, kemudian klik Berikut.

  5. Pada halaman Log Masuk Mel Internet, masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda. Jika anda inginkan Windows Mail mengingati kata laluan anda, pilih kotak semak di sebelah Ingat kata laluan. Selepas anda memasukkan maklumat ini, klik Berikut.

  6. Pada halaman Tahniah, pilih salah satu kotak semak berikut, kemudian klik Selesai.

    • Jika anda menggunakan IMAP4, teks kotak semak akan menyatakan Jangan muat turun e-mel dan folder saya pada masa ini.

    • Jika anda menggunakan POP3, teks kotak semak akan menyatakan Jangan muat turun e-mel saya pada masa ini.

  7. Pada halaman Akaun Internet, di bawah Mel, pilih akaun yang anda baru sahaja sediakan, kemudian klik Sifat.

    Nota

    Untuk membuka halaman Akaun Internet, pada menu Alat, klik Akaun.

  8. Pada halaman Sifat akaun anda, klik tab Lanjutan dan lakukan perkara berikut:

    1. Di bawah Nombor Port Pelayan, tentukan Mel keluar (SMTP). Di bawahnya, pilih kotak semak di sebelah Pelayan ini memerlukan sambungan selamat (SSL).

    2. Di bawah Mel masuk (IMAP) atau Mel masuk (POP3), pilih kotak semak di sebelah Pelayan ini memerlukan sambungan selamat (SSL).

    3. Jika anda menggunakan POP3, anda digalakkan untuk menyediakan klien anda agar menyimpan satu salinan mesej yang anda muat turun ke komputer setempat anda pada pelayan. Untuk berbuat demikian, klik Simpan satu salinan mesej pada pelayan di bawah Penghantaran. Ini membenarkan anda mencapai mesej anda daripada program e-mel yang berbeza.

    4. Klik Gunakan, kemudian klik OK.

  9. Pada halaman Akaun Internet, klik Tutup.

  10. Jika anda menggunakan IMAP4, anda akan digesa untuk memuat turun folder daripada pelayan mel yang anda tambahkan. Klik Ya. Gunakan antara muka pengguna Windows Mail untuk memilih folder yang akan disegerakkan antara pelayan dan komputer setempat anda, kemudian klik OK.

Bagaimanakah saya mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

Nota

Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Untuk maklumat mengenai cara menggunakan Windows Mail, lihat dokumentasi Bantuan yang disediakan dengan Windows Mail.

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika Windows Mail tidak menyambung selepas anda mengikuti langkah ini, anda perlu mengesahkan bahawa anda menggunakan seting pengesahan yang betul. Anda boleh menyemak ini dengan melakukan perkara berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Akaun.

    2. Pada halaman Akaun Internet, pilih akaun anda, kemudian klik Sifat.

    3. Pada halaman Sifat akaun anda, klik tab Pelayan dan pastikan Log masuk menggunakan Pengesahan Kata Laluan Selamat tidak dipilih.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?