Menyediakan Outlook 2007 untuk Capaian IMAP atau POP pada Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2013-01-22

Anda boleh menyambungkan Microsoft Office Outlook 2007 ke akaun e-mel anda menggunakan POP3 atau IMAP4.

importantPenting:
Jika anda menggunakan Outlook 2007, kami mengesyorkan anda menyambung ke akaun e-mel anda menggunakan akaun Exchange selain daripada melalui POP3 atau IMAP4. Penggunaan akaun Exchange membenarkan anda menggunakan perkalendaran dan ciri kerjasama lain yang anda tidak dapati jika anda menyambung melalui IMAP4 atau POP3. Untuk maklumat lanjut tentang cara menyambungkan Outlook 2007 dengan akaun Exchange, sila lihat Menyediakan E-Mel dalam Outlook 2007.

Bagaimanakah saya menyediakan Outlook 2007 untuk capaian POP3 atau IMAP4 pada akaun e-mel saya?

  1. Mulakan Outlook. Kotak dialog Seting Akaun membuka pada kali pertama anda memulakan Outlook. Jika kotak dialog Seting Akaun tidak membuka pada kali pertama anda memulakan Outlook, lakukan perkara berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Seting Akaun.

    2. Dalam kotak dialog Seting Akaun, klik Baru pada tab E-mel.

  2. Pada halaman Pilih Perkhidmatan E-mel, pastikan Microsoft Exchange, POP, IMAP atau HTTP dipilih, kemudian klik Berikut.

  3. Di bahagian bawah halaman Persediaan Akaun Auto, pilih kotak semak Konfigurasikan seting pelayan atau jenis pelayan tambahan secara manual.

  4. Klik E-mel Internet, kemudian klik Berikut.

  5. Pada halaman Seting E-mel Internet, berikan maklumat berikut.

    Di bawah Maklumat Pengguna:

    1. Dalam kotak Nama Anda , masukkan nama yang ingin dilihat oleh pengguna apabila anda menghantar e-mel dari akaun ini.

    2. Dalam kotak Alamat E-mel, masukkan alamat e-mel anda.

    Di bawah Maklumat Pelayan:

    1. Di bawah Jenis Akaun, pilih IMAP atau POP3. Pertimbangkan penggunaan IMAP.

    2. Dalam kotak Pelayan mel masuk, masukkan nama pelayan IMAP atau POP. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan POP3 atau IMAP4 masuk anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    3. Dalam kotak Pelayan mel keluar (SMTP) , masukkan nama pelayan SMTP. Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya mencari seting pelayan? dalam topik ini kemudian.

    Di bawah Maklumat Log Masuk:

    1. Dalam kotak Nama Pengguna, masukkan alamat e-mel anda.

    2. Dalam kotak Kata Laluan , masukkan kata laluan anda. Jika anda inginkan Outlook mengingati kata laluan anda, pastikan kotak semak di sebelah Ingat kata laluan telah dipilih.

  6. Di sudut bawah kanan halaman, klik Seting Lain, kemudian isikan kotak dialog Seting E-mel Internet seperti berikut:

    Pada tab Pelayan Keluar , pilih Pelayan keluar (SMTP) saya memerlukan pengesahan.

    Pada tab Lanjutan:

    1. Di bawah Pelayan masuk (IMAP) atau Pelayan masuk (POP3), di sebelah Gunakan jenis sambungan tersulit yang berikut, pilih SSL dalam kotak juntai bawah.

    2. Di bawah Pelayan keluar (SMTP), di sebelah Gunakan jenis sambungan tersulit yang berikut, pilih TLS kemudian klik OK.

    3. Jika anda menggunakan POP3 dan anda ingin menyimpan satu salinan mesej anda pada pelayan, klik Simpan satu salinan mesej pada pelayan di bawah Penghantaran. Jika anda tidak memilih opsyen ini, semua mesej akan dialih keluar dari pelayan dan disimpan secara setempat pada komputer anda.

  7. Pada halaman Tambah Seting E-mel Baru , klik Berikut.

  8. Pada halaman Tahniah, klik Selesai. Tutup kotak dialog Seting Akaun.

  9. Pada halaman Seting Akaun, klik Tutup.

  10. Jika anda menggunakan IMAP4, anda akan digesa untuk memuat turun folder pelayan mel yang anda tambahkan. Klik Ya. Gunakan antara muka pengguna Outlook 2007 untuk memilih folder yang akan disegerakkan antara pelayan dan komputer setempat anda, kemudian klik OK.

Untuk maklumat lanjut mengenai cara menggunakan Outlook 2007, lihat dokumentasi Bantuan yang disediakan dengan Outlook 2007.

Bagaimanakah saya mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

Nota

Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui lebih lanjut?