Sediakan E-Mel Exchange ActiveSync pada Tilt

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2014-08-27

Anda boleh menyediakan e-mel .Exchange ActiveSync pada Windows Mobile 6.5.

Bagaimana saya menyediakan Exchange ActiveSync pada Window Mobile 6.5?

  1. Ketik Mula > Pemesejan > Sediakan E-mel.

  2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda kemudian ketik Teruskan.

  3. Pastikan kotak semak Cuba dapatkan seting e-mel secara automatik dari Internet dipilih, kemudian ketik Berikut.

    Telefon bimbit anda akan cuba mendapatkan seting dari Internet secara automatik. Jika ini gagal, ketik Berikut. Jika tidak, pergi ke langkah 8.

  4. Untuk Pembekal e-mel anda, pilih Pelayan Exchange, kemudian ketik Berikut sebanyak dua kali.

  5. Masukkan alamat e-mel anda (contohnya, tony@contoso.com), kemudian ketik Berikut.

  6. Ketik dalam kotak Pelayan dan masukkan nama pelayan anda kemudian ketik Berikut. Untuk mendapatkan arahan menentukan nama pelayan anda, lihat seksyen Mencari Nama Pelayan Saya di bawah.

  7. Masukkan nama pengguna dan kata laluan anda kemudian ketik Berikut. Nama pengguna anda ialah alamat e-mel penuh anda (contohnya, tony@contoso.com).

  8. Pilih kotak semak jenis item yang anda ingin lihat pada peranti anda, kemudian ketik Selesai.

Ketik OK apabila Exchange ActiveSync meminta anda melaksanakan dasar pada telefon anda. Dasar membenarkan anda mengkonfigurasikan kata laluan pada telefon bimbit anda dan menggunakan pembersihan peranti jauh untuk mengosongkan semua data dalam telefon bimbit anda jika telefon hilang atau dicuri.

Mencari Nama Pelayan Saya

  • Untuk menentukan nama pelayan anda, gunakan langkah-langkah berikut:

  • Daftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App.

  • Selepas anda daftar masuk, klik anak panah juntai ke bawah bersebelahan tanda soal Bantuan, dan klik Mengenai.

  • Cari nama pelayan yang disenaraikan di bawah Seting POP luaran atau Seting POP dalaman. Jika nama pelayan anda dalam format podxxxxx.outlook.com, maka nama pelayan Exchange ActiveSync anda adalah m.outlook.com. Jika nama pelayan anda termasuk nama organisasi anda, contohnya, pop.contoso.com, maka nama pelayan anda adalah sama dengan nama pelayan Outlook Web App, tanpa /owa. Contohnya, jika alamat yang anda gunakan untuk mengakses Outlook Web App adalah https://mail.contoso.com/owa, maka nama pelayan Exchange ActiveSync anda adalah mail.contoso.com. 

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika anda tidak menerima dasar yang dihantar kepada telefon mudah alih anda, anda tidak boleh mencapai maklumat anda pada telefon mudah alih anda.