Sediakan E-mel Anda pada Android G1

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2014-08-29

Anda boleh menyediakan e-mel menggunakan akaun Exchange pada telefon bimbit Android. Jika anda mempunyai telefon berbeza, lihat Ciri Telefon Mudah Alih. Jika anda menghadapi masalah menyambungkan peranti anda selepas mengikuti langkah berikut, lihat "Apa lagi yang saya perlu tahu?" di hujung topik Bantuan ini.

Bagaimana saya menyediakan Exchange ActiveSync pada telefon bimbit Android?

  1. Dari menu Aplikasi, pilih E-mel. Aplikasi ini mungkin dinamakan Mel pada sesetengah versi Android.

  2. Taip alamat e-mel penuh anda, contohnya tony@contoso.com, dan kata laluan anda, dan kemudian pilih Seterusnya.

  3. Pilih Akaun Exchange. Pilihan ini mungkin dinamakan Exchange ActiveSync pada sesetengah versi Android.

  4. Masukkan maklumat akaun berikut dan pilih Seterusnya.

    • Domain\Nama pengguna   Taip alamat e-mel penuh anda dalam kotak ini. Jika Domain dan Nama pengguna adalah kotak teks yang berasingan dalam versi Android anda, biarkan kotak Domain kosong dan taip alamat e-mel penuh anda dalam kotak Nama pengguna.

      Nota

      Pada sesetengah versi Android, anda perlu menggunakan format domain/nama pengguna. Contohnya, jika alamat e-mel anda tony@contoso.com, taip contoso.com\tony@contoso.com. Nama pengguna anda ialah alamat e-mel penuh anda.

    • Kata Laluan   Gunakan kata laluan yang anda gunakan untuk mencapai akaun anda.

    • Pelayan Exchange   Gunakan alamat pelayan Exchange anda. Untuk mencari alamat ini, lihat “Mencari Nama Pelayan” kemudian dalam topik ini.

  5. Sebaik sahaja telefon anda mengesahkan seting pelayan, skrin Opsyen Akaun dipaparkan. Pilihan yang tersedia bergantung pada versi Android pada peranti anda. Opsyen mungkin termasuk yang berikut:

    • Kekerapan menyemak e-mel   Nilai lalai adalah Automatik (tolakan). Apabila anda memilih opysen ini, mesej e-mel akan dihantar ke telefon anda apabila ia tiba. Kami mengesyorkan opsyen ini dipilih hanya jika anda mempunyai pelan data tidak terhad.

    • Jumlah untuk disegerakkan   Ini adalah jumlah mel yang anda mahu simpan pada telefon bimbit anda. Anda boleh memilih daripada beberapa opsyen tempoh, termasuk Satu hari, Tiga hari dan Satu Minggu.

    • Beritahu saya apabila e-mel tiba   Jika anda memilih opsyen ini, telefon bimbit anda akan memberitahu anda apabila anda menerima mesej e-mel baru.

    • Segerakkan orang hubungan dari akaun ini   Jika anda memilih opsyen ini, orang hubungan anda akan disegerakkan antara telefon anda dan akaun anda.

  6. Pilih Seterusnya dan kemudian taip nama untuk akaun ini serta nama yang anda mahu paparkan apabila anda menghantar e-mel kepada orang lain. Pilih Selesai untuk melengkapkan persediaan e-mel dan mula gunakan akaun anda.

    tipPetua:
    Anda mungkin perlu menunggu antara sepuluh hingga lima belas minit selepas anda menyediakan akaun anda sebelum anda boleh menghantar atau menerima e-mel.

Mencari Nama Pelayan

Untuk menentukan nama pelayan anda, gunakan langkah-langkah berikut:

  1. Daftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App.

  2. Pada bar alat Outlook Web App, klik Bantuan > Perihal.

  3. Pada halaman Perihal, di bawah baris Seting POP Luar, gunakan nilai Nama pelayan untuk membantu anda menentukan nama pelayan anda:

    • Jika nilai Seting POP Luar > Nama pelayan termasuk nama organisasi anda, contohnya, pop.contoso.com, maka nama pelayan anda adalah sama dengan nama pelayan Outlook Web App anda, tanpa /owa. Contohnya, jika alamat yang anda gunakan untuk mengakses Outlook Web App adalah https://mail.contoso.com/owa, nama pelayan Exchange ActiveSync anda adalah mail.contoso.com.

    • Jika nilai Seting POP Luar > Nama pelayan adalah dalam format podxxxxx.outlook.com, nama pelayan Exchange ActiveSync anda ialah m.outlook.com. Dalam sesetengah kes, peranti mudah alih Android mungkin mengalami masalah sambungan menggunakan m.outlook.com sebagai nama pelayan. Jika anda menghadapi masalah sambungan, pergi ke baris Nama hos pada halaman Perihal. Gunakan nilai yang ditunjukkan di bawah Nama hos untuk nama pelayan Exchange ActiveSync untuk peranti anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Apabila anda menggunakan Nama hos sebagai nama pelayan Exchange dalam seting akaun e-mel anda, anda seharusnya tahu yang seting ini mungkin berubah pada masa depan. Contohnya, Nama hos untuk peti mel anda akan berubah jika peti mel pengguna anda dialihkan ke pelayan yang lain atau jika ia dialihkan buat sementara semasa naik taraf pelayan.

  • Jika anda seorang profesional IT atau pentadbir e-mel, baca pos blog Kesambungan klien Exchange ActiveSync dalam Office 365 untuk maklumat terperinci mengenai masalah kesambungan yang mungkin anda hadapi.

    Nota

    Kandungan setiap blog dan URLnya adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis. Kandungan dalam setiap blog disediakan "SEBAGAIMANA SEDIA ADA" tanpa waranti dan tidak memberi sebarang hak. Penggunaan sampel skrip atau kod yang disertakan adalah tertakluk kepada terma yang ditentukan dalam Terma Penggunaan Microsoft.