Sediakan Entourage 2008, Edisi Perkhidmatan Web untuk Akaun Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-12-15

Anda boleh sambungkan Microsoft Entourage 2008 untuk Mac OS X kepada akaun e-mel anda menggunakan Entourage 2008, Web Services Edition. Untuk melakukan ini, pertama sekali, anda perlu memasang Entourage 2008, Web Services Edition. Versi ini bagi Entourage tersedia sebagai kemas kini percuma untuk Microsoft Office 2008 untukMac.

Untuk memuat turun kemas kinian ini dan mengetahui lebih lanjut mengenai Web Services Edition, lihat halaman Web Microsoft Entourage 2008 for Mac, Web Services Edition.

Walaupun, anda juga boleh menyambungkan Entourage untuk Mac OS X kepada akaun anda menggunakan POP3 atau IMAP4, melakukan ini tidak memberikan semua ciri yang tersedia dengan Entourage 2008, Web Services Edition. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Capai Akaun Anda Menggunakan Mac.

Bagaimana saya sediakan Entourage 2008, capaian Web Services Edition kepada akaun e-mel saya?

  1. Pasang Entourage 2008, Web Services Edition. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lihat Entourage. Temui Exchange Web Services di halaman Web.

  2. Buka Entourage 2008. Dalam kotak dialog Entourage, di bawah Pilih identiti, klik Baru, taipkan nama untuk identiti identiti akaun e-mel anda dan kemudian, klik OK.

  3. Pada halaman Selamat Datang ke Entourage, pastikan Mula menggunakan Entourage tanpa mengimport apa-apa dipilih. Klik pada butang anak panah kanan.

  4. Pada halaman Sediakan Akaun Mel, dalam Alamat e-mel, masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya, tony@contoso.com.

  5. Pilih kotak semak Akaun saya adalah pada pelayan Exchange. Klik pada butang anak panah kanan.

  6. Pembantu Persediaan Entourage akan cuba menyediakan akaun anda berdasarkan pada alamat e-mel anda secara automatik. Jika Entourage diarahkan semula ke pelayan untuk mendapatkan seting anda, klik Sentiasa gunakan jawapan saya untuk pelayan ini, dan kemudian klik Benarkan.

  7. Halaman Pembantu Persediaan Entourage akan muncul. Kemudian, anda akan melihat skrin Mengkonfigurasi Akaun sementara Entourage cuba menyediakan akaun anda secara automatik.

  8. Jika anda digesa dengan mesej yang bertanyakan kepada anda jika anda hendak membenarkan <server name> untuk mengkonfigurasi seting, pilih Sentiasa gunakan jawapan saya untuk pelayan ini, dan kemudian klik Benarkan. Nama pelayan yang disenaraikan mungkin sama dengan https://autodiscover-s.outlook.com/autodiscover/autodiscover.xml.

  9. Jika kotak mesej Persediaan Akaun Tidak Lengkap muncul, lakukan salah satu daripada berikut:

    • Sahkan bahawa nama dan alamat e-mel anda adalah betul, taipkan outlook.com dalam kotak Exchange server, dan kemudian klik butang anak panah kanan.

    • Untuk memasukkan atau memilih akaun berbeza, klik butang anak panah kiri.

  10. Dalam kotak dialog Pilihan: Sahkan Seting , klik Sahkan Seting Saya. Baca keputusan proses pengesahan.

  11. Dalam kotak dialog Maklumat Akaun, lakukan yang berikut:

    1. Pastikan kotak teks Domain kosong.

    2. Dalam kotak teks ID Akaun , masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya, tony@contoso.com.

    3. Dalam kotak teks Kata Laluan , masukkan kata laluan anda. Jika anda ingin menyimpan kata laluan anda, anda boleh memilih kotak semak bersebelahan dengan Ingat kata lalua dalam rantaian kunci Mac OS saya. Klik pada butang anak panah kanan.

    Nota

    Proses Auto temu mungkin mempopulasi kotak teks pelayan LDAP dengan nama pelayan. Walau bagaimanapun, maklumat ini tidak diperlukan. Jika nama pelayan terdapat dalam kotak teks pelayan LDAP, padamkan nama pelayan.

  12. Lakukan salah satu daripada berikut:

    • Jika keputusan menunjukkan bahawa pengesahan berjaya, klik pada butang anak panah kanan, dan kemudian, dalam kotak dialog Persediaan Lengkap,klik Selesai.

    • Jika keputusan menunjukkan bahawa pengesahan gagal, klik butang anak panah kanan dan ulang langkah sebelumnya dan kemudian, klik pada butang anak panah kanan. Jika keputusan menunjukkan bahawa pengesahan berjaya, klik pada butang anak panah kanan, dan kemudian, dalam kotak dialog Persediaan Lengkap,klik Selesai. Jika persediaan akaun gagal lagi, lihat bahagian "Apa lagi yang saya perlu tahu?" pada penghujung topik ini.

  13. Jika proses pengesahan berjaya, Entourage 2008 akan cuba untuk disegerakkan dengan akaun e-mel anda. Jika anda digesa dengan kotak dialog Maklumat Akaun, lakukan yang berikut:

    • Pastikan kotak teks Domain kosong.

    • Dalam ID Akaun, masukkan alamat e-mel penuh anda, contohnya, tony@contoso.com.

    • Dalam Kata Laluan, masukkan kata laluan anda. Jika anda ingin menyimpan kata laluan anda, anda boleh memilih kotak semak bersebelahan dengan Ingat kata lalua dalam rantaian kunci Mac OS saya.

  14. Jika anda menerima mesej amaran yang menunjukkan bahawa maklumat akaun anda tidak boleh diperoleh semula, klik Ya dalam kotak dialog dan kemudian, masukkan semula alamat e-mel dan kata laluan anda.

  15. Untuk melihat mel anda, klik nama akaun anda dalam pepohon konsol Entourage dan perluaskan folder tersebut.

Apa lagi yang saya perlu tahu?

  • Jika anda menyambung kepada akaun e-mel anda menggunakan Entourage 2008, Web Services Edition, semasa anda cuba mengesahkan seting anda, anak tetingkap keputusan mungkin mnyenaraikan satu atau lebih ralat. Jika ini berlaku, anda boleh mengklik butang anak panah kanan untuk melangkau proses pengesahan. Beberapa ralat diselesaikan secara automatik pertama kali anda menyambung kepada peti mel anda. Jika tidak, hubungi meja bantuan anda.

  • Jika anda menyambung semula kepada akaun e-mel anda menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Bersambung kepada akaun e-mel anda menerusi Entourage 2008, Web Services Edition mungkin gagal jika anda tidak mendaftar akaun anda. Sebelum anda boleh menyambung kepada e-mel anda untuk pertama kali dengan Outlook Web App, anda perlu melengkapkan pendaftaran akaun anda dengan  Live. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian cuba menyambung menggunakan Entourage 2008, Web Services Edition. Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai cara untuk mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda menghadapi masalah mendaftar masuk, lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi orang yang menguruskan akaun e-mel anda.

Bagaimana jika saya ingin tahu lebih lanjut?