Sediakan Mozilla Thunderbird 3.0 untuk Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-03-19

Anda boleh menyambung Mozilla Thunderbird 3.0  ke akaun e-mel anda menggunakan kesambungan POP3 atau IMAP4. Arahan ini digunakan pada Windows dan Mac.

Untuk mendapatkan maklumat mengenai cara untuk menyambung kepada akaun e-mel anda dengan menggunakan Thunderbird 2.0, lihat Menyediakan Mozilla Thunderbird 2.0 untuk Akaun E-Mel Anda.

Bagaimana saya menyediakan Mozilla Thunderbird untuk capaian ke Aplikasi Web Outlook?

  1. Buka Mozilla Thunderbird. Kotak dialog Persediaan Akaun Mel akan terbuka pertama kali anda membuka Thunderbird. Jika kotak dialog Persediaan Akaun Mel tidak terbuka semasa pertama kali anda membuka Thunderbird, lakukan yang berikut:

    1. Pada menu Alat, klik Seting Akaun.

    2. Pada halaman Seting Akaun , di bawah Tindakan Akaun, klik Tambah Akaun Mel.

  2. Dalam kotak dialog Persediaan Akaun Mel, lakukan yang berikut:

    1. Dalam kotak Nama Anda , masukkan nama yang anda hendak muncul pada baris "Daripada" dalam mesej keluar anda.

    2. Dalam kotak Alamat E-mel, masukkan alamat e-mel anda.

    3. Dalam kotak Kata Laluan , masukkan kata laluan anda. Klik Teruskan jika anda menggunakan Windows komputer atau klik Seterusnya jika anda menggunakan Mac. Thunderbird akan cuba mencari seting yang anda perlukan untuk mengkonfigurasi untuk akaun anda.

  3. Klik Berhenti, atau tunggu untuk Thunderbird cuba mendapatkan seting akaun anda. Halaman muncul di mana anda boleh memasukkan seting pelayan untuk akaun anda. Jika anda tidak mengklik Berhenti, halaman mungkin memasukkan mesej ini "Thunderbird telah menemui seting untuk akaun anda." Walau bagaimanapun, seting akaun yang ia cari tidak akan betul. Anda mesti mengkonfigurasi seting tersebut dengan sendiri.

    Nota

    Anda mungkin perlu mengklik Edit sebelum anda boleh memasukkan seting yang anda perlukan untuk menyediakan e-mel anda.

  4. Dalam kotak Nama Pengguna, taipkan alamat e-mel penuh anda. Contohnya, tonysmith@contoso.com.

  5. Di sebelah Masuk, masukkan nama pelayan masuk anda. Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (POP3 atau IMAP4) masuk anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

    Nota

    Anda juga memerlukan nilai untuk port POP atau IMAP dan kaedah penyulitan. Di sebelah nama pelayan masuk, taipkan nombor port. Kemudian, dalam senarai jatuh bawah di sebelah nombor port, pilih SSL/TLS.

  6. Di sebelah Keluar, masukkan nama pelayan SMTP yang sesuai. Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari nama pelayan (SMTP) keluar anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

    Nota

    Anda juga memerlukan nilai untuk port SMTP dan kaedah penyulitan. Di sebelah nama pelayan keluar, taipkan 587. Kemudian, dalam senarai jatuh bawah di sebelah nombor port, pilih STARTTLS.

  7. Klik butang Uji Semula Konfigurasi. Jika anda memasukkan seting yang betul, anda akan melihat mesej berikut "Thunderbird telah menemui seting untuk akaun anda."

  8. Klik Cipta Akaun. Halaman terbuka yang membolehkan anda melihat atau menukar seting Thunderbird lain. Klik OK apabila anda telah selesai melihat atau menukar seting.

    importantPenting:
    Jika anda menggunakan POP, di bawah Seting Pelayan, adalah idea yang baik untuk memilih Tinggalkan mesej pada pelayan. Selepas anda memilih kotak semakan ini, salinan mesej yang anda cuba dapatkan semula ke komputer tempatan anda akan disimpan pada pelayan tersebut. Anda juga boleh mencapai mesej anda daripada aplikasi mel berbeza.

Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan program e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda.

Tontoni video ini untuk mengetahui cara mencari seting pelayan anda bagi program e-mel POP atau IMAP anda.

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, klik Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting bagi capaian POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP serta seting lain yang mungkin anda perlu masukkan telah disenaraikan pada halaman Seting Protokol di bawah Seting POP atau Seting IMAP dan Seting SMTP.

Nota

Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan program e-mel POP atau IMAP. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika anda tidak tahu sama ada untuk menggunakan POP3 atau IMAP4, pertimbangkan untuk menggunakan IMAP4 kerana ia menyokong lebih banyak ciri.

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui POP3 atau IMAP4 akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan program POP3 atau IMAP4 anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Dalam kes tertentu, jika anda telah menyediakan Thunderbird untuk menggunakan IMAP, anda perlu menyediakan Thunderbird untuk meletakkan mesej yang telah anda hantar ke dalam folder Item Dihantar pada pelayan Exchange. Anda boleh melakukan langkah yang berikut:

    1. Daftar masuk akaun e-mel anda menggunakan Thunderbird, dengan mengklik Dapatkan Mel dalam Thunderbird**.**

    2. Dalam Thunderbird, pada menu Alat, klik Seting Akaun.

    3. Dalam anak tetingkap navigasi Seting Akaun, pilih Folder & Salinan untuk akaun e-mel anda.

    4. Dalam Folder & Salinan dalam anak tetingkap kanan, di bawah Apabila menghantar mesej, secara automatik, pilih Lain-lain. Dalam senarai jatuh-bawah, pilih nama pengguna anda, dan kemudian pilih Item Dihantar.

    5. Klik OK.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut?