Sediakan Outlook untuk Mac 2011 untuk Akaun E-Mel Anda

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2011-03-19

Anda boleh menyediakan secara automatik Microsoft Outlook untuk Mac 2011 untuk mencapai akaun anda menggunakan hanya alamat e-mel dan kata laluan anda.

Bagaimana saya dapat menyediakan Mac 2011?

  1. Buka Outlook untuk Mac 2011. Pada menu Alat, klik Akaun. Jika ini adalah akaun pertama yang anda cipta dalam Outlook 2011, di bawah Tambah akaun, klik Akaun Exchange.

    Jika anda sebelum ini telah mencipta akaun e-mel untuk alamat e-mel berlainan, dalam penjuru bawah kiri kotak dialog Akaun, klik + dan kemudian klik Exchange.

  2. Pada halaman Masukkan maklumat akaun Exchange anda, taipkan alamat e-mel anda.

  3. Di bawah Pengesahan, pastikan bahawa Nama Pengguna dan Kata Laluan dipilih.

  4. Dalam kotak Nama pengguna, taipkan alamat e-mel penuh anda.

  5. Pastikan Konfigurasi automatik dipilih dan kemudian klik Tambah Akaun.

  6. Selepas anda mengklik Tambah Akaun, Outlook akan melakukan gelintar dalam talian untuk mencari seting pelayan e-mel anda. Dalam kotak dialog yang meminta anda jika anda mahu membebarkan pelayan untuk mengkonfigurasi seting anda, tandakan kotak semak Sentiasa gunakan respons saya untuk pelayan ini dan kemudian klik Benarkan.

    Jika Outlook boleh menyediakan akaun anda, anda akan melihat akaun yang anda sediakan dalam anak tetingkap kiri kotak dialog Akaun. Tutup kotak dialog Akaun. Jika Outlook tidak boleh menyediakan akaun anda, lihat "Apa lagi yang saya perlu tahu?" kemudian dalam topik ini.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui Outlook akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan Outlook. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika Outlook tidak dapat menyediakan akaun anda, lakukan satu atau lebih daripada yang berikut: