Sediakan E-Mel Exchange ActiveSync pada Windows Phone

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2014-08-27

Anda boleh menyediakan e-mel Exchange pada telefon mudah alih Windows Phone. Apabila anda menyediakan akaun Exchange pada peranti anda, anda boleh mencapai dan menyegerakkan e-mel, kalendar dan orang hubungan anda.

Arahan ini adalah untuk peranti yang menjalankan Windows Phone 7, Windows Phone 7.5 dan Windows Phone 8. Untuk maklumat mengenai menyediakan telefon Windows yang menjalankan Windows Mobile 6.x atau sebarang peranti mudah alih lain, lihat Ciri Telefon Mudah Alih.

Bagaimana saya menyediakan Exchange ActiveSync pada Windows Phone?

  1. Pada Mula, leret kiri ke senarai Apl, pilih Seting dan kemudian pilih E-mel + akaun.

  2. Pilih Tambah akaun > Outlook.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan pilih Daftar masuk. Windows Phone akan cuba menyediakan akaun e-mel anda secara automatik. Jika persediaan berjaya diselesaikan, langkau ke langkah 7.

  4. Jika anda ternampak mesej “Semak maklumat anda dan cuba lagi. Anda mungkin tersilap kata laluan.”, pastikan yang anda telah masukkan alamat e-mel dan kata laluan yang betul. Pada peringkat ini, anda tidak perlu tetapkan sebarang nilai untuk Nama pengguna dan Domain. Pilih Daftar masuk. Jika persediaan berjaya diselesaikan, langkau ke langkah 7.

  5. Jika akaun e-mel anda tidak boleh ditetapkan secara automatik, anda akan mendapat mesej, "Kami tidak menemui seting anda". Pilih Lanjutan. Anda perlu memasukkan maklumat berikut:

    1. Alamat e-mel Ini adalah akses e-mel penuh anda, contohnya tony@contoso.com.

    2. Kata Laluan Ini adalah kata laluan untuk akaun e-mel anda.

    3. Nama pengguna Ini adalah alamat e-mel penuh anda, contohnya tony@contoso.com.

    4. Domain Ini adalah bahagian alamat e-mel anda selepas tanda @, contohnya contoso.com.

    5. Pelayan Untuk arahan bagi mencari nama pelayan anda, lihat seksyen “Mencari Nama Pelayan” di bawah.

    6. Pilih Papar semua seting dan pastikan kotak sambungan penyulitan memerlukan Pelayan (SSL) dipilih.

  6. Pilih Daftar masuk.

  7. Pilih OK jika Exchange ActiveSync meminta anda untuk menguatkuasakan dasar atau menetapkan kata laluan.

Mencari Nama Pelayan

Untuk menentukan nama pelayan anda, gunakan langkah-langkah berikut:

  1. Daftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App.

  2. Selepas anda mendaftar masuk, pilih Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting untuk akses POP, IMAP dan SMTP.

  3. Cari nama pelayan yang disenaraikan di bawah Seting luaran atau Seting dalaman. Jika nama pelayan anda dalam format podxxxxx.outlook.com, maka nama pelayan Exchange ActiveSync anda adalah m.outlook.com. Jika nama pelayan anda termasuk nama organisasi anda, contohnya, pop.contoso.com, maka nama pelayan anda adalah sama dengan nama pelayan Outlook Web App anda, tanpa /owa. Contohnya, jika alamat yang anda gunakan untuk mengakses Outlook Web App adalah https://mail.contoso.com/owa, nama pelayan Exchange ActiveSync anda adalah mail.contoso.com.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.