Sediakan E-mel POP atau IMAP pada Windows Phone

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-11-26

Anda boleh menyediakan e-mel POP atau IMAP pada telefon mudah alih Windows Phone. Arahan ini adalah untuk peranti yang menjalankan Windows Phone 7, Windows Phone 7.5 dan Windows Phone 8. Untuk maklumat mengenai menyediakan telefon Windows yang menjalankan Windows Mobile 6.x atau sebarang peranti mudah alih lain, lihat Ciri Telefon Mudah Alih.

Bagaimana saya boleh menyediakan E-mel POP atau IMAP pada Windows Phone?

  1. Pada Mula, leret kiri ke senarai Apl, pilih Seting dan kemudian pilih e-mel + akaun.

  2. Pilih Tambah akaun dan pilih Akaun lain.

  3. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan pilih Daftar masuk. Windows Phone akan cuba menyediakan akaun e-mel anda secara automatik. Jika persediaan berjaya diselesaikan, langkau ke langkah 6.

  4. Jika anda nampak mesej “Kami tidak menemui seting bagi maklumat akaun yang dihantar", pastikan alamat e-mel dan kata laluan adalah betul, dan kemudian pilih Cuba lagi. Jika persediaan berjaya diselesaikan, langkau ke langkah 6.

  5. Jika akaun e-mel anda tidak boleh ditetapkan secara automatik, pilih Lanjutan, dan kemudian pilih E-mel Internet.

    Anda perlu memasukkan maklumat berikut:

    1. Nama akaun   Ini adalah nama penerangan bagi akaun anda.

    2. Nama anda   Taipkan nama anda seperti yang anda mahu ia dipaparkan semasa anda menghantar mesej e-mel daripada telefon anda.

    3. **Pelayan e-mel masuk **Ini adalah pelayan e-mel masuk untuk akaun anda. Untuk arahan mengenai cara untuk mencari nama pelayan e-mel masuk anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

    4. **Jenis akaun **Ia akan menjadi sama ada POP3 atau IMAP4.

    5. **Nama pengguna   **Ini adalah alamat e-mel penuh anda, contohnya, tony@contoso.com.

    6. **Kata laluan   **Ini adalah kata laluan untuk akaun e-mel anda.

    7. Pelayan e-mel keluar (SMTP) Ini adalah nama pelayan e-mel keluar. Untuk arahan mengenai cara untuk mencari nama pelayan keluar anda, lihat Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan? kemudian dalam topik ini.

    8. Pilih Lanjutan dan pilih kotak Memerlukan SSL untuk e-mel masuk dan Memerlukan SSL untuk e-mel keluar.

  6. Pilih Daftar masuk.

Bagaimanakah saya dapat mencari seting pelayan?

Sebelum anda menyediakan atur cara e-mel POP3 atau IMAP4, anda perlu mencari seting pelayan POP3, IMAP4 dan SMTP anda sendiri.

Tonton video ini untuk mengetahui cara untuk mencari seting pelayan anda untuk atur cara e-mel POP atau IMAP.

d2955990-a94b-4f10-9abd-9a25266521a0

Untuk mencari seting pelayan anda, daftar masuk ke akaun e-mel anda menggunakan Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk, pilih Opsyen > Lihat Semua Opsyen > Akaun > Akaun Saya > Seting untuk akses POP, IMAP dan SMTP. Nama pelayan POP3, IMAP4, dan SMTP dan seting lain yang anda perlu masukkan disenaraikan pada halaman **Seting Protokol ** di bawah Seting POP atau Seting IMAP, dan Seting SMTP.

Nota

Jika anda melihat Tidak tersedia di sebelah Seting POP, Seting IMAP, dan Seting SMTP, akaun anda mungkin tidak disediakan untuk menggunakan atur cara e-mel POP atau IMAP. Untuk maklumat lanjut, hubungi orang yang menguruskan akaun e-mel anda.

Apa lagi yang perlu saya tahu?

Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui telefon bimbit akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan telefon bimbit anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.