Sediakan E-mel Menggunakan Apl Windows 8 Mail

 

Digunakan bagi: Office 365 for professionals and small businesses, Office 365 for enterprises, Microsoft Exchange, Live@edu

Topik terakhir diubah suai: 2012-11-20

Anda boleh menggunakan apl Windows 8 Mail untuk mengakses akaun e-mel anda dengan menggunakan alamat e-mel dan kata laluan anda. Aplikasi Windows 8 Mail terbina dalam Windows 8 dan Windows RT.

warningAmaran:
Jika anda menggunakan akaun e-mel berasaskan awan seperti akaun Microsoft Office 365, anda mesti mendaftarkan akaun anda sebelum anda boleh menyediakan e-mel anda dalam Windows 8 Mail. Untuk maklumat lanjut, lihat “Apa lagi yang perlu saya tahu?”.

Bagaimana saya menyediakan e-mel menggunakan apl Windows 8 Mail?

  1. Buka apl Windows 8 Mail.

  2. Jika anda nampak butang Tambah akaun apabila anda mulakan Mail, pilih Tambah akaun > Exchange. Jika anda tidak nampak pilihan Tambah akaun , buka menu utama pada sebelah kanan halaman, dan kemudian pilih Seting > Akaun > Tambah Akaun > Exchange.

  3. Dalam halaman Tambah akaun Exchange anda, masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda, dan kemudian pilih Sambung. Pastikan yang anda masukkan alamat penuh e-mel (contohnya, tony@contoso.com) sebagai nama pengguna anda.

    Selepas anda memilih Sambung, Mail akan melakukan gelintar dalam talian untuk mencari seting pelayan e-mel anda.

  4. Jika anda melihat mesej “Akaun e-mel anda telah dikonfigurasikan dengan jayanya.”, pilih Tamat. Jika anda nampak mesej “Pelayan mel untuk <alamat e-mel > memerlukan PC ini untuk lebih selamat sebelum memulakan penyegerakan”, pilih Seterusnya . Kemudian, dalam kotak Jadikan PC saya lebih selamat, pilih Kuatkuasa polisi ini. Jika anda nampak mesej “Akaun e-mel anda telah dikonfigurasikan dengan jayanya.”, pilih Tamat.

Nota

Jika Mail tidak dapat menyediakan akaun anda, lihat "Apa lagi yang saya perlu tahu?" kemudian dalam topik ini.

Papar atau ubah seting aplikasi Windows 8 Mail

Opsyen

Perihalan

Seting

Nama akaun

Nama akaun yang terpapar apabila anda melihat akaun anda dalam Windows 8 Mail.

T/B

Muat turun e-mel baharu

Berapa kerapkah e-mel dimuat turun dari pelayan e-mel ke Windows 8 Mail.

Apabila item tiba

Setiap 15 minit

Setiap 30 minit

Setiap jam

Manual

Muat turun e-mel dari

Kuantiti e-mel yang anda mahu muat turun daripada pelayan.

3 hari lepas

7 hari lepas

2 minggu lepas

Bulan lepas

Bila-bila masa

Kandungan untuk disegerakkan

Jelaskan apa yang anda mahu segerakkan dalam PC.

E-mel

Orang Hubungan

Kalendar

Muat turun gambar dari luar secara automatik

Sama ada anda mahu Windows 8 Mail memuat turun gambar secara automatik. Jika anda tetapkannya ke Tutup, anda boleh pilih untuk muat turun gambar luar dalam mesej yang diterima berdasarkan bilangan mesej.

Pasang atau Tutup

Guna tandatangan e-mel

Cipta tandatangan e-mel yang terpapar pada setiap penghujung mesej yang dihantar daripada akaun anda.

Ya atau Tidak

Alamat e-mel

Alamat e-mel untuk akaun anda.

T/B

Kata Laluan

Kata laluan yang dimasukkan semasa anda membuka akaun anda.

T/B

Domain

Domain untuk akaun anda. Seting ini akan kosong jika anda tidak memasukkan domain apabila menetapkan akaun anda.

T/B

Nama pengguna e-mel

Nama yang anda mahu terpapar dalam peti Daripada mesej yang anda hantar daripada akaun ini

T/B

Pelayan

Nama pelayan e-mel anda

T/B

Pelayan memerlukan SSL

Sama ada perkhidmatan e-mel yang anda gunakan memerlukan sambungan SSL (Lapisan Soket Selamat)

Pilih atau padam

Paparkan notifikasi e-mel untuk akaun ini

Sama ada anda mahu Windows 8 untuk memaparkan notifikasi apabila anda menerima mesej baru dalam akaun ini.

Pasang atau Tutup

Apa lagi yang perlu saya tahu?

  • Jika akaun e-mel anda ialah jenis yang memerlukan pendaftaran, anda mesti mendaftarkannya pada kalu pertama anda mendaftar masuk ke Outlook Web App. Tindakan menyambung ke akaun e-mel anda melalui Outlook akan gagal jika anda belum mendaftarkan akaun anda melalui Outlook Web App. Selepas anda mendaftar masuk ke akaun anda, daftar keluar. Kemudian, cuba sambung menggunakan Outlook. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara mendaftar masuk ke akaun anda menggunakan Outlook Web App, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Jika anda mengalami masalah mendaftar masuk, sila lihat Soalan Lazim: Isu Daftar Masuk dan Kata Laluan atau hubungi individu yang menguruskan akaun e-mel anda.

  • Jika Mail gagal menyambungkan anda ke akaun anda, lakukan satu atau lebih daripada yang berikut:

    • Sahkan bahawa anda menggunakan versi terkini Windows 8 Mail. Untuk menyemak kemas kini Windows 8 Mail App, dari skrin Mula, pergi ke Stor > Seting > Kemas kini Aplikasi > Semak kemas kini.

    • Tunggu beberapa minit dan cuba lagi.

    • Jika anda perlu menyambung ke akaun e-mel anda segera, gunakan, pelayar Web ke akaun anda menggunakan Outlook Web App. Untuk maklumat mengenai cara untuk bersambung menggunakan pelayar Web, lihat Cara untuk Mendaftar Masuk ke E-mel Anda Menggunakan Pelayar Web. Anda juga boleh menyambung dengan menggunakan program e-mel yang menyokong POP atau IMAP. Untuk maklumat mengenai cara untuk bersambung menggunakan program e-mel POP atau IMAP, lihat Capai Akaun Anda Menggunakan Program E-mel IMAP atau POP.

    • Jika anda tahu nama orang yang menguruskan peti mel anda (kadangkala dipanggil pentadbir e-mel), hubungi mereka dan laporkan ralat yang anda peroleh semasa cuba menyambung.

  • Akaun Outlook dalam Windows 8 Mail adalah akaun yang menggunakan Exchange ActiveSync untuk bersambung dengan pelayan e-mel anda. Semua aplikasi Windows Communications dalam Windows 8 (Mel, Orang Hubungan, Kalendar, dan Pengutus) boleh menggunakan akaun Exchange ActiveSync. Menambah akaun dalam Mail akan menyebabkan kontak dan kalendar terpapar di aplikasi lain dan sebaliknya.

  • Windows 8 Mail tidak menyokong format mesej S/MIME. Jika anda menghantar mesej dalam format S/MIME , Windows 8 Mail memaparkan e-mel dengan mesej berikut: “Mesej yang disulitkan ini tidak boleh dipaparkan.” Untuk memaparkan e-mel dalam format S/MIME, kami syorkan anda buka mesej menggunakan Outlook Web App, Microsoft Outlook, atau program e-mel lain yang menyokong mesej S/MIME.

  • Dalam Windows 8 Mail, anda juga boleh menyambungkan akaun anda dengan menggunakan pilihan Tambah akaun > Akaun lain. Jika anda menyambung dengan menggunakan kaedah ini, anda boleh menyediakan akaun anda menggunakan IMAP atau SMTP. Untuk melakukannya, anda perlu masukkan seting pelayan IMAP dan SMTP anda secara manual untuk menyediakan akaun anda. Menyambungkan akaun anda menggunakan IMAP dan SMTP membolehkan anda menghantar dan menerima e-mel daripada akaun anda. IMAP tidak membolehkan anda menyegerakkan maklumat kontak dan kalendar anda antara Windows 8 Mail dan pelayan e-mel anda. Untuk maklumat tentang cara penggunaan IMAP, lihatCapai Akaun Anda Menggunakan Program E-mel IMAP atau POP. Untuk maklumat mengenai cara untuk mencari seting pelayan anda, lihat Lihat Seting POP3 dan IMAP4.

Bagaimana jika saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut?